Sumbangan PPIM Banner Sumbangan PPIM Banner

ZERO HUNGER

Anda perlu tahu, realitinya masih ramai keluarga diluar sana yang masih kelaparan terpaksa menahan perut kerana situasi ini. Ada yg terpaksa makan nasi berkuahkan air kosong. Ada keluarga yang mempunyai anak kecil menangis menahan kelaparan kerana hanya mempunyai biskut kering dirumah mereka.

Dan ramai dari keluarga-keluarga ini yang terpaksa mencatu makanan mereka bagi untuk memastikan bekalan mereka mencukupi. Tidak siapa yang layak kelaparan dalam muka bumi ini.

Kita tidak tahu berapa lama lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini akan berakhir. Sehingga kesaat ini kami menerima hampir 90 ribu permohonan untuk mendapat bantuan makanan asas dari seluruh negara. RM5.4 juta diperlukan dengan kos RM60 bagi sebuah keluarga.

Projek “Zero Hunger” anjuran Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memerlukan bantuan ada utk menjayakan misi sini.

“Tidak akan beriman seseorang pun di kalangan kamu sehinggalah dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”- (Hadis Riwayat Imam Bukhari)