“Tidak akan beriman seseorang pun di kalangan kamu sehinggalah dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari) Sayu hati kami di PPIM melihat realiti hari ni bila mana ramai keluarga di Malaysia hidup dalam kesusahan & memerlukan bantuan. Ada yang hanya terpaksa menjamah nasi putih & air kosong sahaja. Setiap kali bantuan diserahkan, aktivis kami pulang dalam kesedihan selepas melihat nasib mereka. Mereka datang kepada kami dengan harapan agar kesusahan & bebanan ujian mereka dapat di ringankan. Tiada siapa yang layak berlapar tanpa dibantu. Sehingga ke hari ini, kami menerima lebih 100 ribu permohonan bagi mendapatkan bantuan kebajikan & keperluan asas. Alhamdullilah! melalui sumbangan orang ramai, kempen Infaq Rezeki telah berjaya membantu lebih 50 ribu keluarga dengan nilai bantuan lebih RM3 juta ringgit. Penerima manfaat terdiri dari golongan asnaf, anak yatim, mualaf & keluarga B40. In shaa Allah dengan bantuan & sumbangan anda, ianya dapat membantu meringankan beban mereka yg kurang bernasib baik. Semoga sumbangan dan pengorbanan anda membantu golongan yang di dalam kesusahan mendapat keberkataan dari Allah. Aminn #BantuSebarkan