Perjuangan ini semakin sukar, kami tidak mampu lakukannya sendiri. Kami memerlukan bantuan & sokongan anda. PPIM menerima ratusan aduan setiap bulan yang membabitkan penganiayaan, penindasan & kezaliman. Mereka datang ke PPIM bagi mengharapkan bantuan & pembelaan. Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 25 tahun kami berjuang membantu & mendidik pengguna. Sebagai sebuah NGO, kami yakin perjuangan ini merupakan misi perjuangan kita bersama. Bantuan dan sokongan berterusan dari anda sedikit sebanyak mampu membantu kami untuk terus berjuang membela hak & maruah mereka yang teraniaya. Sumbangan anda dapat membantu: ✅ Penyelesaian Kes & Aduan Penganiayaan Serta Penipuan. ✅ Bantuan Kepada Mangsa Ditindas. ✅ Program Kesedaran Masyarakat. ✅ Sumbangan Bantuan Kepada Golongan Kurang Berkemampuan. ✅ Pendidikan Pengguna. ✅ Sebahagian Kos Operasi PPIM. Semoga sumbangan anda membawa pembelaan buat mereka yang dizalimi dan ditindas.